Sunday 28 July 2013

Dadih Strawberry

Dibulan Ramdhan yang mulia nie, tetiba pulak aku terlebih rajin nak buat dadih. Rajin ada makna tue.

Padahal hari esok turn block umah aku kena hantar juadah untuk orang buka puasa kat surau. 

Haaa...Itulah objektif pembuatan dadih yang sebenarnya. Hahaaa...kan aku dah kate, rajin ada makna tue, pasalnya aku memang jenis berat langkah nak masuk dapur apatah lagi nak mengasapkan dapur.

Pemilihan dadih sebagai juadah penghantaran aku ke surau adalah kerana beberapa faktor, 1st sebab senang sangat nak buat, kedua sebab dadih kan sejuk, so memang ngam sangat la kan ngan tekak yang kehausan tue. 


DADIH STRAWBERRY



 Ingredients :

1 peket tepung dadih instant perasa strawberry
3 liter air
1 tin susu cair
200 gm gula
10 biji strawberry (**strawberry aku rendam dlm air gula sbb nak bg manis)

Cara nak masak :

1.Panaskan air dalam periuk sampai mendidih. Sambil tue isi strawberry yang dah dipotong comel-comel dalam bekas.

2.Masukkan semua mak nenek tepung, gula & susu. Kacau sampai lenguh, 5-10 minit je sebab nak bagi susu masak. Pastu tutup api. Tapi still kene kacau gak sebab tak nak bagi dia mengeras.

3.Tuang dalam bekas yang dah taruk strawberry tadi dan SIAAAPPPP!!

Senang je kot. Pastu simpan dalam esbok.



 






Wednesday 12 June 2013

Uji Kepantasan Menaip Anda

Tiap kali nak isi borang mintak keje gamen, mesti ade column Kepantasan Menaip........psm. 

Akibat kau kurang pengetahuan tentang bakat kemampuan menaip per se minit (psm) yang ada pada sepoloh2 jari-jemari kau yg lentik-mentik, maka kau pun hentam jer sekian-sekian psm. Betul tak? Takyah nak temberang sangat la sebab aku pun dulu macam tue jugak, tapi sekarang aku dah maju setapak sket sebab dah tau macamana nak ukur tahap kelajuan menaip aku. 

Nie aku nak share....aku ade jumpe beberapa websites untuk typing test nie. Mostly dalam bahasa omputih. Ade juga yang malay version tapi agak berterabur sketla susunan ayat ala-ala google translate ✌.ʕʘ‿ʘʔ.✌

Jom try...kat SINI, SINI & SINI

**pssttt...dh dpt keje gamen nnt,usha2 la resume aku yer.maceh ᵔᴥᵔ

 





Sunday 26 May 2013

PD Ostrich Farm

Selamat datang ke Port Dickson Ostrich Farm. Waahh...dah macam tourist guide la pulak kan. Ostrich farm antara attractions yang ade kat Port Dickson selain Dataran Teluk Kemang dan Pasar Malam Sabtu Batu 4.

Waktu untuk check-in dikebanyakkan resort adalah sekitar 3.00ptg dan check-out pula sekitar 12.00tgh. So untuk mengisi masa-masa yang terluang sama ada sebelum ke resort atau selepas keluar dari resort bolehlah berkunjung ke sini.

Ostrich Farm nie memang sesuai untuk budak-budak bandar melihat binatang-binatang ternakan negara macam ayam, kambing, rabbit, angsa, tapi sang lembu takde la pulak. 

Tarikan utama dah tentu-tentulah si burung unta yang hensem nie kan. Tapi untuk orang-orang dewasa korang janganlah expect lebih-lebih yang tempat nie macam zoo pulak kan, pasalnya kedapatan binatang-binatang kat sini memang boleh dibilang dengan jari.

Bukan burung unta je ader, unta fadang fasir pun ader jugak taw.

Harga tiket berubah-ubah ikut peredaran masa. Nie harga tiket masuk yang paling latest untuk May 2013. Isshh..tak paham aku setiap tahun pun asyik naik jer.

Dewasa RM10:::Kanak-kanak RM6:::Warga Emas RM6

Kedatangan anda ke farm ini akan disambut dengan seekor dinosaur kat belah kiri dan sekandang kambing kat belah kanan. Siap ade bunyi dinosaur mengaum-ngaum lagi tue.

 

Kesian la hai tengok burung unta nie takde bulu dah. Tukang jaga tue cakap kalau time musim mengawan burung-burung nie memang akan keguguran bulu-bulu dia. Heran gak aku macamana nak tarik perhatian pasangan dalam keadaan diri yang separuh botak nie kan...hehe (8_8)

Binatang-binatang kat sini jinak-jinak semuanya. Kena sentuh pun dok diam aje tak melawan pun. Paling tak tahan pantang tunjuk camera, dan-dan dok statik macam paham ajer orang nak ambil gambar dia. Konon-konon fotogenik la sangat kan. Hehe...
Donkey yang jinak...
Burung macam-macam kaler ader. Cantik-cantik semuanya...
Boleh try naik kuda...
Iguana yang mengkakukan dirinya...

Punyalah lebat bulu sampai tutup mata...





Dalam nie ade cafe, jual burger & sate. Tapi bukan sebarangan burger & sate taw sebab kat sini ade burger daging rabbit and sate rabbit, paling kagum ade jual burger & sate ostrich!! Taknak try ker?? Aku memang tak lalu. Hehe...









Super Supreme Pizza Hut

Bagi aku pizza yang paling best and superlicious sepanjang zaman ialah pizza Super Supreme!! Keluarlah macamana gaya topping jenis makanan dari laut ke, darat ke, sayuran ke, tapi pizza super supreme tetap menjadik pojaan hatiku. Makan hari-hari pun takpe kak. Waaahhh...kaya kau ye...!!

Info rege ikut size. Aku salu tapaw size personal aje sebab suke makan sorang-sorang. Kes kedekut nak kongsi-mongsi benda yang sedap-sedap. 



Yesszaa, pizza idamanku telah pun berada di depan mata. Nampak sedapkan?? Topping yang sangat heavy. Macam-macam ada, pepperoni, beef cabanossi, chicken loaf, mushrooms, nenas, bawang, capsciums, olive, chesse pun banyak. Letak sket sos cili Life, memang terangkat. Meh aku bagi sket close up sket.


Tapi apa yang aku perasaan rasa pizza nie memang tak sama ikut tempat dia jugak kot.Aku makan kat Pizza Hut Aeon Bukit Tinggi sedap, tapi bila aku makan kat Pizza Hut Bukit Kemuning kenapa rasa dia tak sama macam yang aku makan kat Pizza Hut Aeon Bukit Tinggi. Heran aihh...

Cara Letak Subtitle Dalam Movie

Senang aje kalau nak dicomparekan dengan makan kacang lagi susah kot sebab kena buang kulit baru dapat ngapppp...

Kaedahnya adalah seperti berikut :

1.Pilih movie yang korang dah simpan dalam laptop @ hard disk. Movie yang ditonton secara online tak boleh yer sebab yang tue cikgu aku tak sempat nak ajar lagi.

Contoh movie : The Twilight Saga Breaking Dawn Part 2 

Aku memang kipas susah mati Twilight Series yer. So memang tak dapat la nak bagi contoh citer lain kan.

2.Seterusnya cari dan download subtitle kat SINI


 
3.Letak movie dan subtitle dalam satu folder yang sama, title pun sama, yang berbeza cuma format saje. 



4.Kena pastikan title memang betul-betul sama taw, ejaan, capslock, space, semua mesti sama.

5.Dah settle semua silalah mainkan movie anda dengan riangnya.

Apakan daya, aku anak watan negara Malaysia. Kalau tengok citer omputih without subtitle malay ibarat makan nasik takde sambal belacan. Langsung takde ummphhh!!!

Hahaaa...akhir kata, selamat menonton movie kegemaran anda bersama subtitle Melayu. Yeahhhh...!!!







Thursday 11 April 2013

Singapore Budget Trip

Untuk kali nie, aku ngan en.nazmi memandai-mandai masuk ke Singapore dengan menaiki pengangkutan awam melalui CIQ, nama panjang dia Sultan Iskandar Custom & Immigration Quarantine Complex, Johor Bahru. Kereta parking kat belakang Caltex, RM12 per entry, dekat jer dengan bangunan CIQ. 

Tujuan kami ke Singapore kali ini hanya untuk merayau-rayau kat Orchard Road jer. Yaa, hanya satu jer matlamat kami, untuk merayau-rayau, bukan menyopping yer, sambil-sambil kita kutip pengalaman melihat-lihat negara orang. Duit yang kami bawak pun cuma SGD100 = RM250. Cukup-cukup jer untuk makan dengan tambang turun naik bas dan MRT. Hehe ^_^


Masuk jer dalam bangunan CIQ tue, terus je menonong pergi kat mesin untuk sahkan passport ngan ibu jari kaki, eh..tangan. 

Lepas tue turun tangga, carik bas. Memang ada macam-macam bas, memang banyak, dan bas pilihan kami ialah Causeway Link, bas senyum kaler kuning sebab bas nie yang paling dekat dengan tangga. Kira turun tangga CIQ tadi jumpa bas nie dulu, so terus naik jelah. Senang kan. Harga tiket dia macam ada silap mata sikit.

CIQ ke Queen Street = RM 2.50
tapi
Queen Street ke CIQ = SGD 2.40

Harga lebih kurang sama tapi nilainya berbeza. Senang kata "NGELAT!!"


Sampai jer kat Woodlands, silalah turun beramai-ramai untuk chop passport anda. Sebelum tue, isi borang kad putih dulu. Kad nie boleh ambil kat kaunter pintu masuk imigresen Singapore, kat belah kiri menghala ke dinding. Bawa pen siap-siap taw. Dah siap isi baru boleh beratur untuk chop passport. Keratan kad putih yang dorang dah koyakkan tue kena simpan leklok sebab nanti nak kena pulang balik bila kita nak keluar dari negara dorang nie.


Lepas tue pergilah scan badan segala. Gula getah & rokok adalah merupakan barangan HARAM dibawa masuk ke Singapura. Harap maklum. 

Dah settle semua, turun ikut eskalator untuk naik bas semula, tapinya...tadaaa...bas yang aku naik tadi dah pun selamat meninggalkan aku dan en.nazmi dengan jayanya. Tapi tak perlu panik. Kita boleh je naik bas yang lain, asalkan dari syarikat yang sama, tunjuk jer tiket yang kita beli tadi. 

Tapi pastikan naik bas yang betul ok. Jangan jadik macam kami, dari CIQ elok jer naik bas CW5, so bas akan lalu Orchard Road sebelum ke stesen bas Queen Street, tapi boleh pulak dari imigresen Singapore tersilap naik bas CW2. Hambek kau, turunlah kat Queen Street terus, bas ni memang direct ke Queen Street jer. Nasiblah driver bas tue mesra alam, dia pun bagi arahan naik MRT untuk ke Orchard Road.

Stesen MRT terhampir ialah Bugis. Dari Queen Street kena seberang jalan besar ni ha untuk ke stesen MRT Bugis.


Beli tiket sekali jer, lepas tue boleh topup-topup. Siap dapat maps sekali. Tak payah mintak-mintak pun dorang dah bagi dah. Macam pepaham jer kan.


Tiket kena beli dulu kat kaunter, lepas tue letak tiket kat mesin ni ha. Leceh la pulak. Beli tiket kat tempat lain, lepas tue kau nak pergi memana kena deal kat mesin nie plak.


Dari stesen Bugis nie, untuk ke Orchard Road kena ambil tren arah Joo Koon, kat maps tengok aliran kaler hijau, dan turunkan diri anda di City Hall, harga SGD 1.30 sehala. So, letak tiket kat mesin nie, pilih destinasi Orchard. 

Kat City Hall pulak ambil tren arah Jurong East, kat maps tengok aliran kaler merah,pastu turun kat stesen Orchard.
 

 Stesen Orchard nie bersambung terus dalam shopping mall ION Orchard.


Sesampai jer aktiviti pertama kami ialah M.A.K.A.N. Sebesar-besar ION Orchard nie cuma satu jer kedai Halal yang telah dikenalpasti. Memandangkan tak berapa banyak pilihan menu, ambil nasik ayam jelah senang.


Bila perut dah terisi barulah syiok sket nak menjamu-jamu mata. Mampu jamu mata ajerlah. Nak beli nan hado...!! Nengok gambar jelah yer.


Dari ION Orchard, menapak tanpa haluan hingga ke hujung jalan dengan penuh rasa kekaguman tapi dalam hati kata "KL pun best jugak ape".


Benti jap tengok pakcik apek nie main gelang. Kemain lagi, tak padan kurus. Tak sakit ke pakcik apek??


Kalau nak carik masjid kat area jalan Orchard  ni senang jer. Kena carik sculpture menatang orang nie dulu, pastue nanti nampaklah signboard arah ke masjid.

Ikut jer laluan pejalan kaki kat tepi sculpture orang yang menonggeng ke apa ntah dibuatnya, sampai nampak bangunan kaler putih tulis "Al-Falah Mosque".


Usai je solat, hujan pun turunnnn...


Tapi nak jugak merayap. Redah la apalagi. Masuk Paragon Shopping Centre pulak.


Shopping Mall terakhir kami ialah Lucky Plaza. Time nie kaki aku memang dah lenguh-lenguh kekejangan. Penat tak hengat.


Sudahnya selepas meredah sebanyak EMPAT buah shopping mall sepanjang lawatan satu hari ke Orchard Road nie, barang dagangan yang dibeli hanyalah sehelai t-shirt sorang. Haaahaa...!! Dah kata nak jalan-jalan tengok negara orang jer kan?? ^_^


Nak balik pulak, ikut cara yang sama macamana kita datang tadi. Naik semula tren yang dok dalam ION Orchard tue, turun kat City Hall dan ambil tren untuk ke Bugis pulak.

Sampai kat bustand Queen Street, tue dia...punya panjang beratur nak balik JB.


Satu jam perjalanan sempatlah aku dengan en.nazmi melelapkan diri sejenak. Tau-tau jer sampai Woodlands. Gosok-gosok mata, turun bas untuk chop passport, bagi sekali keratan kad putih.

 
Lepas tue naik ajelah mana-mana pun bas Causeway Link, CW berapa-berapa pun sebab semua bas pun memang akan stop kat CIQ.





Sehangat Asmara Yang Happy Ending

Tamat sudah drama airmata 35 episode Sehangat Asmara. Yeszzaaa...Happy ending...!!Padahal aku dah baca dah pun novel Aisya Sofea nie, tapi tetap teruja jugak nak menangis-nangis bagai walaupun dah tau dah jalan cerita camaner. Wanita sungguh!!

Dah la asyik dok kene perli-perli jer ngan En.Nazmi, "Drama jer kot yang, ape nak nangis-nangis nie" kata beliau. Terkesan sunguh aku. Sudahnya aku melayan sorang-sorang tengok kat iPad jer. Terima kasih Astro On The Go. Puas hati aku. Muahaha...!!


Rita Rudaini tersangatlah menjiwai wataknya as Kamelia Najwa. Memang tak boleh tengok Kay sedih sikit, laju jer airmata aku nie ha teman si Kay nie nangis sekali. Issshhh3...sedih bebenor yer.

Senang hati aku bila citer nie dah abes. Tak payah lagi dah nak bazir-bazir airmata dimalam hari.

Siapa-siapa yang rajin baca novel, bolehlah baca sambungan citer Sehangat Asmara nie dalam novel Buatmu Kekasih, mukasurat 351 : Kasihku Bagai Dulu.


Buatmu Kekasih gabungan 5 novel Aisya Sofea yang hot zaman-zaman aku jadik student dulu. Jauh, Jendela Hati, Kau Untukku, Sehangat Asmara & Gelora Jiwa. Yang mana ingat-ingat lupa tue bolehlah baca balik yer, kalau rajin la. Aku...kompem maleh!!Unless novel tue dah diadaptasikan jadik drama ke pilem ke, haaa..baru aku rajin nak baca balik.