Selamat datang ke Port Dickson Ostrich Farm. Waahh...dah macam tourist guide la pulak kan. Ostrich farm antara attractions yang ade kat Port Dickson selain Dataran Teluk Kemang dan Pasar Malam Sabtu Batu 4.
Waktu untuk check-in dikebanyakkan resort adalah sekitar 3.00ptg dan check-out pula sekitar 12.00tgh. So untuk mengisi masa-masa yang terluang sama ada sebelum ke resort atau selepas keluar dari resort bolehlah berkunjung ke sini.
Waktu untuk check-in dikebanyakkan resort adalah sekitar 3.00ptg dan check-out pula sekitar 12.00tgh. So untuk mengisi masa-masa yang terluang sama ada sebelum ke resort atau selepas keluar dari resort bolehlah berkunjung ke sini.
Ostrich Farm nie memang sesuai untuk budak-budak bandar melihat binatang-binatang ternakan negara macam ayam, kambing, rabbit, angsa, tapi sang lembu takde la pulak.
Tarikan utama dah tentu-tentulah si burung unta yang hensem nie kan. Tapi untuk orang-orang dewasa korang janganlah expect lebih-lebih yang tempat nie macam zoo pulak kan, pasalnya kedapatan binatang-binatang kat sini memang boleh dibilang dengan jari.
Bukan burung unta je ader, unta fadang fasir pun ader jugak taw. |
Harga tiket berubah-ubah ikut peredaran masa. Nie harga tiket masuk yang paling latest untuk May 2013. Isshh..tak paham aku setiap tahun pun asyik naik jer.
Dewasa RM10:::Kanak-kanak RM6:::Warga Emas RM6
Kedatangan anda ke farm ini akan disambut dengan seekor dinosaur kat belah kiri dan sekandang kambing kat belah kanan. Siap ade bunyi dinosaur mengaum-ngaum lagi tue.
Kesian la hai tengok burung unta nie takde bulu dah. Tukang jaga tue cakap kalau time musim mengawan burung-burung nie memang akan keguguran bulu-bulu dia. Heran gak aku macamana nak tarik perhatian pasangan dalam keadaan diri yang separuh botak nie kan...hehe (8_8)
Donkey yang jinak... |
Burung macam-macam kaler ader. Cantik-cantik semuanya... |
Boleh try naik kuda... |
Iguana yang mengkakukan dirinya... |
Punyalah lebat bulu sampai tutup mata... |
Dalam nie ade cafe, jual burger & sate. Tapi bukan sebarangan burger & sate taw sebab kat sini ade burger daging rabbit and sate rabbit, paling kagum ade jual burger & sate ostrich!! Taknak try ker?? Aku memang tak lalu. Hehe...
No comments:
Post a Comment