Pengalaman pertama kali mengerjakan Umrah, Maha Suci Allah saja yang tahu macamana perasaan aku. Bercampur aduk antara takut, excited, terharu...macam-macamlah perasaan bersatu menjadi 1 Malaysia kot. Kena pulak bila dah dengar macam-macam cerita yang pelik-pelik berlaku bila berada di Tanah Suci. Maklumla aku nie bukanlah seorang hamba Allah yang baik. Haaa...baru kau sedar kan...??!!
Tapi kepada bakal-bakal jemaah, sila ketepikan cerita-cerita tersebut okay. Tetapkan matlamat anda ke sana adalah untuk berIBADAT dan menziarahi makam junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w, biar apa pun dugaan yang bakal mendatang. Lagipun kita kan nak ke Tanah Suci. Insya-Allah, semuanya akan dipermudahkan, apa yang kita carik hanyalah KAF BA RO' KAF ALIF THA NUN.Keberkatan dan redho Illahi.
Yang penting, persiapkanlah diri anda dengan pengisian rohani dan mental. Serba sedikit kisah-kisah sejarah tentang Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat pun kena jugak selak-selak taw, nanti xdelah ternganga jer bila time ziarah kat satu-satu tempat tue.
Sepanjang diberada di Tanah Haram, berusahalah untuk pemperbanyakkan amal ibadat semaksimum yang mungkin sementara diberi kesempatan berada sana. Ganjaran beribadah di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi tersangatlah lumayan berganda-ganda kebabommm!! Rugi kalau x manfaatkan sebaiknya, jangan asyik nak "tawaf kidai" jer sampai terlepas solat berjemaah. Rugi yang amat tue.
Percayalah, air mata sangat murah harganya ketika di berada dihadapan Baitullah. Terasa kerdil, apatah lagi datang dengan membawa dosa yang banyak. Serahkanlah diri kita bulat-bulat ke atas kekuasaan Yang Maha ESA. Setiap apa yang berlaku adalah dengan kehendak-Nya, dan pastinya mengandungi hikmah yang tersembunyi.
Aishhh...terpanjanglah pulak mukadimah. Orite...lets start the journey.
Lepas dengar cerita-ceriti masyarakat tentang kehebatan agensi haji dan umrah Andalusia Travel & Tours Sdn.Bhd, makanya kami pun laki bini terpengaruh dan terus jer talipon pejabat Andalusia untuk tanya-tanya kutip info, tetibe jer terus puas hati dan setuju nak register. Register bulan September 2011 tapi fly hujung bulan Februari 2012. Aikkk?? Brape punya lama daaa...
Pakej yang kami pilih ialah Umrah dan Ziarah Jordan 15H13M. Boleh survey kat Andalusia Travel & Tours
Apa yang aku boleh cakap, servis dorang nie memang tersangatlah mantop tahap kebabom. Mutawif yang experience dan tersangatlah membantu, jarak hotel yang dekat, makanan yang boleh tahan sedap, pengangkutan yang selesa, pendek kata memang super tiptoplah, panjang pulak kata kalau ada rezeki nanti nak buat Haji pun melalui pakej Andalusia jugak. Bapak aku kemain memuji-muji lagi x sudah-sudah sampai dah berbulan balik pun tetap syok jugak nak bercerita pasal bestnya servis dorang nie. InsyaAllah,mudah-mudahan dijemput lagi untuk ke Tanah Suci. Amin...!!
Tentang persiapan pulak, sekadar biasa-biasa ajer. Paling penting Passport dan kena buat Kad Suntikan Meningitis ACYW 135. Suntikan nie kalau kat klinik swasta RM100, tapi aku buat kat Klinik Kesihatan Putrajaya RM5 ajer. Banyak tue beza cik kak.
Hari yang ditunggu-tunggu tiba jugak. Tue dia sekampung yang hantar. Meriah...!! Terharu akak ^_^

Hampir 12 jam dalam flight, 5.30pagi baru sampai Airport Queen Alia, Amman Jordan. Tapi x nak citer pasal Jordan la, nak skip terus citer pasal Kota Mekah.
Bermiqat di Bir Ali sebab aku datang dari Kota Madinah, jarak lebih kurang 15minit dari Madinah, 6 jam untuk ke Kota Mekah. Berniat ihram umrah disini. Maka bermulalah pantang larang dalam ihram.
Sepanjang perjalanan digalakkan bertalbiah dan berzikir. Punyalah jauh perjalanan. Pemandangan yang ada hanyalah padang pasir dan bukit-bukau berbatu. Terfikir sekejap macamanalah susah payahnya Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat masa melalui kawasan tue kan. Dengan cuaca yang panas, dengan untanya, kena kejar dengan kafir Quraisy lagi. Allahuakbar...!!
Tepat jam 11 malam...akhirnya sampai jua. Dari dalam bas dah nampak dulu dah menara jam yang dok depan masjid tue. Punyelah tinggi.
Pijak jer Tanah Haram Mekah, serius duarius memang rasa macam x percaya, betul-betul macam mimpi jer dah ader kat sini. Lepas dapat kunci, letak beg dalam bilik, terus bergegas ke lobi hotel, tunggu jemaah yang lain untuk sama-sama menunaikan ibadah umrah ku yang pertama-tama julung kalinya. Perasaan time nie jangan cakaplah...Hanya Allah saja yang tahu, aku pun x reti nak describe macamana.
Alhamdulillah, dengan bimbingan mutawif yang banyak membantu, semuanya selesai sharp 2 pagi tanpa sebarang halangan. Syukur yang x terhingga ke hadrat Allah s.w.t di atas rahmat dan kasih sayang-Nya.
Maka bermulalah perjalanan aku sebagai tetamu Allah di bumi barakah ini untuk 10hari lamanya. Lama ker?? Mestilah x. Mestilah x puas. Kerana ia sememangnya fitrah kita sebagai umat Islam secara semulajadi hatinya terikat dengan Baitullah al-Haram.
Buku ni lah yang aku dok usung kulu-kilir sampai naik konyok-konyok dah kulit depan. Yang sangkut kat leher pun ader tapi sekejap kang pakai, sekejap kang tanggal. Berat!!
Nie time solat fardhu Maqrib. Kena datang masjid 1 jam lebih awal setiap kali sebelum masuk waktu. Kalau x memang kau kena solat atas jalan raya la jawabnya.
Yang nie pulak time solat Isyak. Penuh kan?? Alhamdulillah. Biasanya tiap kali lepas solat Isyak, dataran Kaabah memang sedikit padat dibanjiri dengan jemaah yang nak buat tawaf. Malam sejuk, siang kan panas sikit. Tapi sebenarnya lebih kurang je siang ke malam ke, bila setiap kali nak buat tawaf, insyaAllah xkan rasa cuaca tengah panas ke tidak. Peluh pun xde.
Alhamdulillah, sepanjang berada di Tanah Haram, aku berkempatan ke 3 lagi lokasi miqat yang lain: Masjid Ja'ranah, Masjid Hudaibiyah dan yang terhampir Masjid Tan'aim.
Masjid Ja'ranah |
Masjid Hudaibiyah |
Adun melawat kawasan. Pagi-pagi lagi dah merayau-rayau, tapi dengan tujuan yer...nak carik sarapan pagi. Padahal kat hotel dah sediakan siap-siap makanan pagi petang siang malam, tapi gatal jugak nak gi makan luar. Kita chooobaa makanan arab la pulak sebabnya kat hotel memang sediakan makanan Malaysia jer.
Aku nak rekemenkan ayam broast
ni. Memang super duper sedap. Laaaagiii sedap dari KFC idamanku selalu taw.
Serius x tipu. Harga dia 13 Riyal, ada 4 ketul ayam, 4 keping roti turki, pastu
adalah fries sket.
Dah kenyang melahap ayam, terus gi panjat Safwa Tower pulak. Makan eskrem ngan strawberry shake pepagi ari.
Tawaf kidai...
Gini ler gaya peniaga yang dok kat tepi-tepi jalan. Bila dengar siren polis jer masing-masing bertempiaran lari.
Sambil-sambil tue nak bagi tips sket. Berhati-hati dengan pengemis jalanan, yang terdiri dari kanak-kanak berkulit hitam. Jangan jalan dekat-dekat sangat dengan dorang ni. Nanti kena paksa bagi duit, kalau x dapat dia akan ikut kita sepanjang jalan. Ada yang kudung tangan, kudung kaki, pura-pura kudung pun ada. Hai doniaa-doniaa..jangan ingat kat Tanah Suci xde yang berani nak menipu taw.
Ladang Unta Hudaibiyah
Haaa...kat sini boleh la kalau nak try minum susu onta betul-betul paling segar dari ladang. Dan-dan perah susu terus jer isi dalam botol untuk jual, harga 5 riyal untuk size botol air mineral yang kecik.
Jabal Rahmah, Arafah. Bukit yang dikatakan tempat pertemuan di antara Nabi Adam a.s dan isteri baginda Hawa. Aku x larat nak mendaki sampai atas. Separuh jalan dah pancit.
Naik unta fadang fasir laaahh. 5 Riyal sekali pusing, boleh naik 2 orang sekaligus. Tapi dorang semua ni berniaga tanpa lesen. Jadiknya sebelum panjat unta ni kena perati dulu kiri kanan ada pak polisi ke tidak. Takut nanti kalau ada polis, tuan unta terus bawak lari unta dengan kita-kita sekali. Haaa...jangan x percaya.
Menghabiskan masa dimalam terakhir sebelum balik ke tanah air. Sayu jer hati nak tinggalkan tempat nie Sekejap sangat masa berlalu. Berada disini biar berapa lama sekalipun mesti xkan rasa puas kan.
Menatap Kaabah sepuas hati, semoga dijemput kembali beribadat disini suatu hari nanti. InsyaAllah, amin.
Nak minum air zam-zam banyak-banyak. Bila dah balik Malaysia, rasa dia dah lain sket. Lama sangat duduk dalam kapal terbang agaknya. Suka minum yang cool, terasa sejuk sampai ke dada. Nikmat sangat.
Hari terakhir di Tanah Suci, selesai Tawaf Wada' kena terus balik. Dah x boleh ambil gambar, shopping moping, balik bilik baring-baring ke...yang dibolehkan hanyalah beli makanan sekadar keperluan dari berlapar, qada' hajat dan duduk diam-diam tunggu bas datang bawak pergi airport.

Boarding time. Sayunya hati nak tinggalkan Tanah Haram, hanya Allah saja yang tahu. Tersedu-sedu depan Baitullah..terasa berat sangat hati nak melangkah. Entah dapat datang lagi ke tidak. Sementara di depan mata, manfaatkanlah sebaiknya. Moga-moga kunjungan ini mendapat rahmat dan redho Illahi.
Selamat tinggal Baitullah. Selamat tinggal Kota Makkah. Semoga diberi rezeki dan kesempatan untuk datang kesini lagi. Amin Ya-Rabbal Alamin.
Assalamualaikum..
ReplyDeleteMacam ne nak buat Suntikan Meningitis ACYW 135 di Klinik Putrajaya..
mohon bantuan.
Terima kasih.
Waalaikumusalam...sorry for late reply.terus pergi ke kaunter pendaftaran n bgtau nk buat suntikan utk umrah,bayar terus RM5,terus pergi ke bilik suntikan.
DeleteSalam safina,
ReplyDeleteSaya nak tanya awk ke Klinik kesihatan Putrajaya di Presint berapa ye yg ada servis ni?
Wslm Julia,
DeleteKlinik Kesihatan Persint 9.Sy pergi around 2.30pm kebetulan mmg xde org, so x sampai sejam semua dh settle =)
Sis Safina mmg dh ada buku tu ke sebelum g cucuk? Agensi ada sediakan buku ke? Sbb saya Call, xda buku katanya x boleh.. kena ada buku sbb dorg xda sediakan buku
ReplyDeleteAssalamualaikum. umi mah sebelum ni saya juga pernah mengerjakan umrah. untuk Suntikan Meningitis ACYW 135 saya gi kat klinik swasta. x perlu ada buku. Doktor akan bagi surat pengesahan yang kita dah ambil suntikan tadi. harap membantu.
Deletedekat jarak hotel di mekah or madinah ye
DeleteAlhamdulillah dpt yg dekat..tp skrg xtaulah hotel tu ada lg ke x agaknya
ReplyDeleteWah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Trip menunaikan umrah secara percuma.
ReplyDeleteSuntikan vaksin ini hanya penduduk putrajaya je ke...kalau duduk shah alam boleh ke mendptkan suntikan di situ
ReplyDeletesy duduk klang & boleh je ambil suntikan disitu
Deleteputrajaya presint berape?
ReplyDelete