Tuesday, 19 March 2013

Game:Virtual City dan Smurfs Village

Ade 2 game yang dah setahun aku main, Virtual City ngan Smurfs Village. Daripada miskin sampai dah jadik kaya-raya.

Kalau berangan nak jadik Datuk Bandar ke Tok Penghulu Kampung ke boleh la main dua-dua game yang aku main nie. Memang enjoy, buat bandar pastu buat rumah, buat supermarket, buat macam-macam la sampai betul-betul jadik bandar yang maju dan canggih-manggih.

Tapi yang paling best kebaboommm ialah cinta hati aku aka En.Nazmi tetiba lak dapat ilmu mengehack dua-dua game yang dah setahun aku dok layan nie. Makanya...makin bertambah-tambah kaya la aku kan kan @_@ suka x terkata x terucap.

Tengok bukti yang aku tersangatlah kayanya. Duit ade berpuluh juta plus invest points pun beribu-ribu!!


Dengan adanya ilmu mengehack nie, aku cume perlu klik, klik dan terus klik jer berapa-berapa invest points and city credits yang aku nak, sampai naik lenguh-lenguh jari jemari aku.


Dan hasilnya, bandar aku jadik semakin indah dan maju. Hebat kan cinta hati aku...??Hehee...

Kalau dah terpedaya nak main game Virtual City nie boleh sedut kat  SINI.

Khasiat Susu Omega Plus One

Kalau minum milo, anda akan jadik sihat dan kuat. Tapi kalau minum susu, tulang dan gigi anda akan jadik sihat dan kuat. So, aku pun combine minum milo dgn susu. Boleh gitu??

Bila umur dah melangkah kepada model BMW 3 series nie, pengambilan susu dalam diet seharian sangat penting ye kawan-kawan. Tulang-temulang kita akan mula lemah bila usia dah melangkau perbatasan 30-an.

Penyakit-penyakit fofular rakyat Malaysia seperti jantung, strok dan kencing manis pun dah mula mengintai-ngintai kita, tunggu line clear jer nak hinggap. Hishhh...minta jauhla.

Sebagai langkah awal, apa kata kita minum susu. Ala, kan dah biasa minum susu, dari baby lagi kot. Apa ade hal??

Susu pilihan aku ialah : NESTLE OMEGA PLUS ONE


KHASIAT SUSU OMEGA PLUS ONE
Pengambilan 1 gelas setiap hari selama 30 hari dapat membantu mengurangkan tahap kolestrol "jahat" dalam darah sebanyak 7%.

Susu omega plus nie sedap sket kalau nak bandingkan dengan yang lain-lain tue. Rasa pun lemak dan pekat sket. Harga pun boleh tahan. Untuk pek sachet RM12.90 tapi ader 7 sachet jer. Nak jimat beli je terus pek 1kg RM33.90, x pun pek 600gm RM25.90.
 
KOLESTROL JAHAT
Dalam badan kita ada kolestrol baik dan ada kolestrol jahat. Kolestrol jahat nie kalau dalam bahasa perubatan dipanggil Kolestrol Tidak Baik atau Low Density Lipoprotein (LDL) / Bad Cholesterol. Xpun dalam dalam bahasa mudah faham ialah kolestrol yang berlebihan. Apa yang bahaya ialah kolestrol yang berlebihan akan terkumpul dalam saluran darah iaitu kat dinding arteri, yang disebut plak.



Mendapan kolestrol nie akan halang pengaliran darah sebab saluran darah dah jadik sempit, lagi parah boleh jadik tersumbat. 

Kalau saluran darah ke arah jantung yang sempit, maka akan terjadilah serangan jantung, kalau saluran darah ke arah otak pulak yang sempit, akan jadik strok.



Nampak x selama ini kita hanya ambil mudah dan buat x peduli jer pun soal pemakanan kita sehari-hari, tanpa fikir baik dan buruk.

So,mulai hari ini, sila kawal pemakanan anda, Kementerian Kesihatan Malaysia cakap "Anda Adalah Apa Yang Anda Makan".

Minum susu nie hanya cebisan cuma. Apa yang paling penting ialah DIET PEMAKANAN YANG SEIMBANG macam dalam gambar nie.





**gambar diambil dari Incik Google



Sunday, 17 March 2013

Cubaan Makan di Texas Chicken AEON Bukit Tinggi

Selalunya hari Ahad ialah hari cuti memasak untuk wanita-wanita di Malaysia kan kan?? So hari nie cubaan meratah ayam kat TEXAS CHICKEN bukan idaman ku selalu. Kat Malaysia nie dah bukak 2 cawangan, 1 kat Sri Gombak, 1 lagi kat AEON Bukit Tinggi.

Bukak dari bulan Januari lagi, tapi hari nie baru berkesempatan nak try. Dah nama pun cubaan menerai, mana nak tau hak mana yang sedap kan, makanya aku dan En.Nazmi pun memilih berdasarkan ilustrasi menu semata-mata. 

Aku order Tex Wrap sebab kat gambar nampak macam sedap jer kan, plus aku memang suka makan benda-benda yang bungkus-bungkus dalan roti pita nie. En.Nazmi pulak terperdaya ngan set ayam goreng ala-ala KFC sebab nampak cam hebat jer, ader coleslaw, mash potatoes ngan seketul biskut. Air FREE REFILL, boleh minum sampai muntah. Hidangan tambahan macam biasa...FRIES. Semua skali RM23 bape sen ntah, x berapa nak ingat.

Bila dah suku ayam membedal, baru aku sedar yang ayam goreng TEXAS nie cuma sesuai untuk budak-budak bawah umur 10tahun jer sebabnya walaupun kau dah pilih Spicy Chicken, tapi rasa dia tetap x pedas pun malah sipi-sipi pedas pun xde!! 

Kalau ada rasa nak cuba, boleh datang beratur kat kaunter (siyes memang kena bratur paaaanjaangg) TEXAS CHICKEN, AEON Bukit Tinggi Klang, tingkat bawah depan Starbucks.



Wednesday, 13 March 2013

Review Filem : Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit

Panjang ceritanya, penuh tragis. Ceritanya tue macam gini pada tahun 69, dalam tahun 69 tue lepas tahun 68. Jadi belum sampai tahun 70, jadi dalam tahun 69 tue, 69 la, lepas tahun 68, jadi sebelum tahun 70, jadi 70 tue pulak belum jadi 71...bla..bla..

Sebagai pengikut setia filem Zombie Kampung Pisang & Hantu Kak Limah Balik Rumah kompem-kompem la x nyabor nak nengok Hantu Kak Limah 2:Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit pulak kan..aku expect memang sama lawak guling-guling macam citer yang lepas-lepas. Tapi...entah yer..aku rasa yang kali nie macam ada yang kureng sket laa..tapi nie pendapat aku la, orang lain aku x tau. 

Aku macam lambat sket nak gelak, apatah lagi nak gelak guling-guling sambil tekan-tekan perut macam citer Hantu Kak Limah Balik Rumah dulu. 


Watak Kak Limah pun cam xtra jer kali nie. Agaknyer sebab dah buat botox nie dia malas nak interprem sangat kot...takut kena ngorat gamaknyer!!

Dulu antu...sekarang dah transpom jadik agen pelancongan.
 
Scene paling aku suka dulu kini dan selamanya, tiap dorang lepak kat Warung Pak Jabit. Suka dengar dorang dok perli memerli, sindir-menyindir macam-macam benda, politik, hiburan, isu semasa semua tue.

Sila spot SINI ADA Wai Fai @_@

 
Akhir kata, aku nak bagi markah 6/10 bintang jer untuk citer nie. Sekian.

**gambar curik dari pesbuk Husin Mon & Jin Pakai Toncit



Tuesday, 12 March 2013

Kisah Ashabul Khafi

Ashabul Khafi ialah kisah 7 orang pemuda beriman yang tidur dan bangun semula selepas 3 abad. Ini adalah antara bukti-bukti kekuasaan Allah s.w.t yang Maha Berkuasa untuk mematikan dan menghidupkan semula siapa-siapa yang dikehendakiNya.

Kisah ini telah diperincikan dengan jelas oleh Allah s.w.t dalam Surah Al-Khafi, ayat 9-26.

Lokasi sebenar memang wallahualam, tapi para ilmuan dan ulama tafsir berpendapat Gua Ashabul Khafi yang terletak di perkampungan Abu A'landa Amman, Jordan banyak menepati ciri-ciri gua yang diceritakan dalam al-Quran.

Kawasan Perkampungan Abu A'landa




Pintu Masuk Gua
Kisah nie berlaku masa zaman pemerintahan Maharaja Dikyanus, beberapa ratus tahun sebelum kedatangan Nabi Isa a.s. Maharaja Diyanus nie zalim dan penyembah berhala. So sekumpulan pemuda yang soleh nie lari sebab nak jaga iman dorang. Raja nie apa lagi, bengang pastu soh askar-askar dia gie kejar, tangkap pastu bunuh. Jahat giler kan...??!!

Untuk menyelamatkan diri, kumpulan pemuda nie bersembunyi dalam gua kat kawasan pendalaman. Jumlah sebenar bape orang kumpulan nie wallahualam, sama ada 3 orang dan seekor anjing, 5 orang dan seekor anjing atau 7 orang dan seekor anjing. Pendapat masyur mengatakan seramai 7 orang bersama seekor anjing.


Akibat dari keletihan, mereka pun tertidur. Bangun-bangun jer mereka nie lapar dan salah seorang dari mereka terus keluar ke pekan untuk carik makanan. Sekali bila nak bayar, terkejut la pemuda nie bila duet yang dia guna dah x laku lagi dan x diterima dek penjual makanan sebab dah 3 abad berlalu. Tambah terkejut bila raja yang zalim tue pun dah mati dan penduduk setempat semuanya dah beriman.
  
Disangkakan tidur semalaman, rupa-rupanya 309 tahun. Maha Suci Allah, sesungguhnya kekuasaan Allah s.w.t melangkaui batas pemikiran kita. Allah Maha Berkuasa ke atas setiap ciptaan-Nya.  

Demi melindungi hamba-hamba pilihan-Nya yang soleh dan tinggi imannya, 7 pemuda tersebut telah ditidurkan oleh Allah s.w.t selama 309 tahun @ 3 dekat lamanya. Selama mereka tidur, badan mereka telah dibalik-balikan untuk elakkan darah jadik beku dan dimakan tanah. Dan untuk membuktikan kekuasaan Allah s.w.t, mereka telah dibangunkan semula dalam keadaan sediakala macam hari pertama mereka tidur sedangkan 3 abad telah berlalu. Subhanallah...

Ok, dah tau serba sedikit tentang kisah Ashabul Kahfi nie, jom kita tengok pulak keadaan dalam gua tue macamana...




Yang nie pulak kat bahagian luar, pintu masuk gua.



Baru lepas hujan ais.


Masjid Ashabul Khafi, x jauh dari kawasan gua.



Wednesday, 6 March 2013

Cara-cara Nak Beli Dari THEPOPLOOK Online


Aku memang tak perasan sangat sejak bila pesen-pesen K-POP nie melanda (*kata seorang gadis yang buta fesyen). Tapi bila hari-hari scroll pesbuk ngan Instagram sana sini dok sembang pasal benda nie, baru tergerak hati nak ambil tau.

Macam-macam brand ada and yang paling pemes amos : THEPOPLOOK (*cam x commercial jer name) tokey cam biasalah --> China!! tapi memperdagangkan baju-baju orang melayu Islam. Kenapa bukan orang kite kan?! Agak terkilan disitu. Sambutan bukan calang-calang, sampai berebut-rebut nak beli.

Untuk setiap keluaran baru mahupun rebatch biasanya setiap hari Rabu atau Khamis, 11.00 pagi. Time tu memang mengelabah la para penggila POPLOOK termasuklah aku, kena bertindak pantas kalau tak memang SOLD OUT walaupun baru 10 minit!! Dasyat kan?? Kalau tak kaya jugak tokey dia tak taulah.

Penny Polka yang menjadi kegilaan ramai

Ok, untuk yang baru nak berjinak-jinak and still blur-blur lagi macamana nak beli, kat sini aku bagi simple step untuk korang follow.

Perkara yang paling penting mesti ada Online Banking, apa-apa bank pun boleh, janji ade duit riban-riban dalam account. 

Sebelum memulakan pembelian, macam biasalah kene CREATE ACCOUNT dulu. 

Jom explore : http://poplook.com/



1) Isi peraban-peraban yang diperlukan.



2) Pilih baju yang berkenan, pastu follow step yang aku dah numbering.


3) Once dah confirm dengan pemilihan baju anda, jangan buang masa terus proceed je untuk buat pembayaran sebab masa sangat-sangat mencemburui anda. Nampak tak time left kat dalam pict tue cume 18:13 minit jer. Jangat ingat sempat yer sebab nak tunggu confirmation TAC adakalanya menguji kesabaran.


4) Sebelum buat pembayaran, sila semak semula alamat penghantaran. Delivery cost adalah PERCHOMA!!


 

5)Lepas payment dah setel, dia akan bagi summary melalui email korang, pastu esoknye tunggu jelah posmen hantar depan pintu. Biasanya kalau pembayaran dibuat sebelum pukul 3.00ptg, esok pagi dah dapat dah. Paling lewat pun 2 hari. 

Lagi satu aku nak bagitau apa yang menariknya dengan brand THEPOPLOOK nie, katalah baju yang kita dapat tak memenuhi citarasa, boleh jual balik / swap dalam group pesbuk   THEPOPLOOK BIG FAN PAGE

Bestkan..So tunggu apa lagi?? Jom perabihkan duit abang sayang  sendiri.
   

Periksa Kandungan Gula Dalam Minuman Anda

Korang mesti malas nak belek-belek kat label minuman untuk periksa kandungan gula kan?? Kena pulak kalau baca pun bukannya paham sangat.

Nah...Tengok ni...Senang sket nak paham. 

gambar kutip dr mr.gOOgle

Terkejut???

  Yaaa...Semestinya minuman edisi potong kaki...!!!

Umrah Ziarah Mekah

Pengalaman pertama kali mengerjakan Umrah, Maha Suci Allah saja yang tahu macamana perasaan aku. Bercampur aduk antara takut, excited, terharu...macam-macamlah perasaan bersatu menjadi 1 Malaysia kot. Kena pulak bila dah dengar macam-macam cerita yang pelik-pelik berlaku bila berada di Tanah Suci. Maklumla aku nie bukanlah seorang hamba Allah yang baik. Haaa...baru kau sedar kan...??!!

Tapi kepada bakal-bakal jemaah, sila ketepikan cerita-cerita tersebut okay. Tetapkan matlamat anda ke sana adalah untuk berIBADAT dan menziarahi makam junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w, biar apa pun dugaan yang  bakal mendatang. Lagipun kita kan nak ke Tanah Suci. Insya-Allah, semuanya akan dipermudahkan, apa yang kita carik hanyalah KAF BA RO' KAF ALIF THA NUN.Keberkatan dan redho Illahi.

Yang penting, persiapkanlah diri anda dengan pengisian rohani dan mental. Serba sedikit kisah-kisah sejarah tentang Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat pun kena jugak selak-selak taw, nanti xdelah ternganga jer bila time ziarah kat satu-satu tempat tue.

Sepanjang diberada di Tanah Haram, berusahalah untuk pemperbanyakkan amal ibadat semaksimum yang mungkin sementara diberi kesempatan berada sana. Ganjaran beribadah di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi tersangatlah lumayan berganda-ganda kebabommm!! Rugi kalau x manfaatkan sebaiknya, jangan asyik nak "tawaf kidai" jer sampai terlepas solat berjemaah. Rugi yang amat tue.

Percayalah, air mata sangat murah harganya ketika di berada dihadapan Baitullah. Terasa kerdil, apatah lagi datang dengan membawa dosa yang banyak. Serahkanlah diri kita bulat-bulat ke atas kekuasaan Yang Maha ESA. Setiap apa yang berlaku adalah dengan kehendak-Nya, dan pastinya mengandungi hikmah yang tersembunyi.

Aishhh...terpanjanglah pulak mukadimah. Orite...lets start the journey.

Lepas dengar cerita-ceriti masyarakat tentang kehebatan agensi haji dan umrah Andalusia Travel & Tours Sdn.Bhd, makanya kami pun laki bini terpengaruh dan terus jer talipon pejabat Andalusia untuk tanya-tanya kutip info, tetibe jer terus puas hati dan setuju nak register. Register bulan September 2011 tapi fly hujung bulan Februari 2012. Aikkk?? Brape punya lama daaa...

Pakej yang kami pilih ialah Umrah dan Ziarah Jordan 15H13M. Boleh survey kat Andalusia Travel & Tours

 
Apa yang aku boleh cakap, servis dorang nie memang tersangatlah mantop tahap kebabom. Mutawif yang experience dan tersangatlah membantu, jarak hotel yang dekat, makanan yang boleh tahan sedap, pengangkutan yang selesa, pendek kata memang super tiptoplah, panjang pulak kata kalau ada rezeki nanti nak buat Haji pun melalui pakej Andalusia jugak. Bapak aku kemain memuji-muji lagi x sudah-sudah sampai dah berbulan balik pun tetap syok jugak nak bercerita pasal bestnya servis dorang nie. InsyaAllah,mudah-mudahan dijemput lagi untuk ke Tanah Suci. Amin...!! 

Tentang persiapan pulak, sekadar biasa-biasa ajer. Paling penting Passport dan kena buat Kad Suntikan Meningitis ACYW 135. Suntikan nie kalau kat klinik swasta RM100, tapi aku buat kat Klinik Kesihatan Putrajaya RM5 ajer. Banyak tue beza cik kak.


Hari yang ditunggu-tunggu tiba jugak. Tue dia sekampung yang hantar. Meriah...!! Terharu akak ^_^
 

Hampir 12 jam dalam flight, 5.30pagi baru sampai Airport Queen Alia, Amman Jordan. Tapi x nak citer pasal Jordan la, nak skip terus citer pasal Kota Mekah. 

Bermiqat di Bir Ali sebab aku datang dari Kota Madinah, jarak lebih kurang 15minit dari Madinah, 6 jam untuk ke Kota Mekah. Berniat ihram umrah disini. Maka bermulalah pantang larang dalam ihram. 


Sepanjang perjalanan digalakkan bertalbiah dan berzikir. Punyalah jauh perjalanan. Pemandangan yang ada hanyalah padang pasir dan bukit-bukau berbatu. Terfikir sekejap macamanalah susah payahnya Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat masa melalui kawasan tue kan. Dengan cuaca yang panas, dengan untanya, kena kejar dengan kafir Quraisy lagi. Allahuakbar...!! 


Tepat jam 11 malam...akhirnya sampai jua. Dari dalam bas dah nampak dulu dah menara jam yang dok depan masjid tue. Punyelah tinggi.



Pijak jer Tanah Haram Mekah, serius duarius memang rasa macam x percaya, betul-betul macam mimpi jer dah ader kat sini. Lepas dapat kunci, letak beg dalam bilik, terus bergegas ke lobi hotel, tunggu jemaah yang lain untuk sama-sama menunaikan ibadah umrah ku yang pertama-tama julung kalinya. Perasaan time nie jangan cakaplah...Hanya Allah saja yang tahu, aku pun x reti nak describe macamana. 


Alhamdulillah, dengan bimbingan mutawif yang banyak membantu, semuanya selesai sharp 2 pagi tanpa sebarang halangan. Syukur yang x terhingga ke hadrat Allah s.w.t di atas rahmat dan kasih sayang-Nya.

Maka bermulalah perjalanan aku sebagai tetamu Allah di bumi barakah ini untuk 10hari lamanya. Lama ker?? Mestilah x. Mestilah x puas. Kerana ia sememangnya fitrah kita sebagai umat Islam secara semulajadi hatinya terikat dengan Baitullah al-Haram.

Buku ni lah yang aku dok usung kulu-kilir sampai naik konyok-konyok dah kulit depan. Yang sangkut kat leher pun ader tapi sekejap kang pakai, sekejap kang tanggal. Berat!!


Nie time solat fardhu Maqrib. Kena datang masjid 1 jam lebih awal setiap kali sebelum masuk waktu. Kalau x memang kau kena solat atas jalan raya la jawabnya. 


Yang nie pulak time solat Isyak. Penuh kan?? Alhamdulillah. Biasanya tiap kali lepas solat Isyak, dataran Kaabah memang sedikit padat dibanjiri dengan jemaah yang nak buat tawaf. Malam sejuk, siang kan panas sikit. Tapi sebenarnya lebih kurang je siang ke malam ke, bila setiap kali nak buat tawaf, insyaAllah xkan rasa cuaca tengah panas ke tidak. Peluh pun xde.

 

Alhamdulillah, sepanjang berada di Tanah Haram, aku berkempatan ke 3 lagi lokasi miqat yang lain: Masjid Ja'ranah, Masjid Hudaibiyah dan yang terhampir Masjid Tan'aim. 

Masjid Ja'ranah

Masjid Hudaibiyah

Adun melawat kawasan. Pagi-pagi lagi dah merayau-rayau, tapi dengan tujuan yer...nak carik sarapan pagi. Padahal kat hotel dah sediakan siap-siap makanan pagi petang siang malam, tapi gatal jugak nak gi makan luar. Kita chooobaa makanan arab la pulak sebabnya kat hotel memang sediakan makanan Malaysia jer.


Aku nak rekemenkan ayam broast ni. Memang super duper sedap. Laaaagiii sedap dari KFC idamanku selalu taw. Serius x tipu. Harga dia 13 Riyal, ada 4 ketul ayam, 4 keping roti turki, pastu adalah fries sket.
 


Dah kenyang melahap ayam, terus gi panjat Safwa Tower pulak. Makan eskrem ngan strawberry shake pepagi ari.



 Tawaf kidai...



Gini ler gaya peniaga yang dok kat tepi-tepi jalan. Bila dengar siren polis jer masing-masing bertempiaran lari.



Sambil-sambil tue nak bagi tips sket. Berhati-hati dengan pengemis jalanan, yang terdiri dari kanak-kanak berkulit hitam. Jangan jalan dekat-dekat sangat dengan dorang ni. Nanti kena paksa bagi duit, kalau x dapat dia akan ikut kita sepanjang jalan. Ada yang kudung tangan, kudung kaki, pura-pura kudung pun ada. Hai doniaa-doniaa..jangan ingat kat Tanah Suci xde yang berani nak menipu taw. 

Ladang Unta Hudaibiyah


Haaa...kat sini boleh la kalau nak try minum susu onta betul-betul paling segar dari ladang. Dan-dan perah susu terus jer isi dalam botol untuk jual, harga 5 riyal untuk size botol air mineral yang kecik.
 

Jabal Rahmah, Arafah. Bukit yang dikatakan tempat pertemuan di antara Nabi Adam a.s dan isteri baginda Hawa. Aku x larat nak mendaki sampai atas. Separuh jalan dah pancit.

Naik unta fadang fasir laaahh. 5 Riyal sekali pusing, boleh naik 2 orang sekaligus. Tapi dorang semua ni berniaga tanpa lesen. Jadiknya sebelum panjat unta ni kena perati dulu kiri kanan ada pak polisi ke tidak. Takut nanti kalau ada polis, tuan unta terus bawak lari unta dengan kita-kita sekali. Haaa...jangan x percaya.


Menghabiskan masa dimalam terakhir sebelum balik ke tanah air. Sayu jer hati nak tinggalkan tempat nie Sekejap sangat masa berlalu. Berada disini biar berapa lama sekalipun  mesti xkan rasa puas kan.
Menatap Kaabah sepuas hati, semoga dijemput kembali beribadat disini suatu hari nanti. InsyaAllah, amin. 


Nak  minum air zam-zam banyak-banyak. Bila dah balik Malaysia, rasa dia dah lain sket. Lama sangat duduk dalam kapal terbang agaknya. Suka minum yang cool, terasa sejuk sampai ke dada. Nikmat sangat.


Hari terakhir di Tanah Suci, selesai Tawaf Wada' kena terus balik. Dah x boleh ambil gambar, shopping moping, balik bilik baring-baring ke...yang dibolehkan hanyalah beli makanan sekadar keperluan dari berlapar, qada' hajat dan duduk diam-diam tunggu bas datang bawak pergi airport.

Boarding time. Sayunya hati nak tinggalkan Tanah Haram, hanya Allah saja yang tahu. Tersedu-sedu depan Baitullah..terasa berat sangat hati nak melangkah. Entah dapat datang lagi ke tidak. Sementara di depan mata, manfaatkanlah sebaiknya. Moga-moga kunjungan ini mendapat rahmat dan redho Illahi.


Selamat tinggal Baitullah. Selamat tinggal Kota Makkah. Semoga diberi rezeki dan kesempatan untuk datang kesini lagi. Amin Ya-Rabbal Alamin.