Tuesday, 22 July 2014

RESEPI CHICKEN BURRITO

Chicken Burrito ke Chicken Wrap ke Shawarma ke memang pebret aku giler-giler sepanjang zaman. Orang putih panggil Chicken Wrap, orang arab panggil Shawarma..orang melayu aku tak taulah pulak dorang panggil ape..roti gulung ea?? hihi =)

Nie aku nak bagi resepi ikut cara aku yang simple mimple aje..aku ngn en.nazmi memang suka sangat-sangat makan burrito nie tak kisah la untuk breakfast ke, minum petang ke makan malam ker...buat ajer bila-bila teragak, janji barang semua ader.

**RESEPI UNTUK 2 ORANG MAKAN**

BAHAN-BAHAN A (UNTUK PERAPAN AYAM)

5 KEPING CHICKEN FILLET
1 SUDU OLIVE OIL
1 SUDU MADU
1 SUDU KICAP MANIS
1 SUDU GULA PASIR
1/2 SUDU OREGANO LEAVES
1/2 SUDU BLACKPEPER


Campak jer semua bahan-bahan untuk perapan ayam. Campak hokay...kihkihkih...kasik gaul sampai semua sebati. Pastu rasa-rasa la sikit manis ke tak...aku letak 1 sudu je gula dengan madu sebab aku memang tak suka manis-manis, just nice jer rasa dia.


Pastu letak dalam plastik ke tupperware ke, perap sejam dalam peti ais nak bagi rasa dia sebati, lagi lama tempoh perapan lagi sedap la ayam korang.


Bila perapan ayam dah ready, panaskan sikit minyak, taknak letak minyak pun boleh je. Grillkan ayam sampai garing, kemudian potong dadu.



 BAHAN-BAHAN B 

2 keping roti tortilla
daun salad
timun, tomato, bawang holland - potong dadu
mayonis dan sos cili


  
Panaskan roti tortilla atas kuali leper atau microvawe 1-2 minit. 

Letak semua bahan-bahan atas roti cam dalam gambar ni haaa...aku suka letak isi banyak-banyak, baru puas makan, kadang sampai tertumpah-tumpah masa gigit sebab isi banyak sangat. Tamak sungguh.

Letak sos & mayonis ikut suka.



 Roti nak gulung boleh, nak lipat boleh...janji senang nak makan. Aku cucuk dengan toothpick kat bahagian tengah sebab taknak bagi roti terburai, maklumler isi banyak sangat kan =)


Kalau aku terlebih rajin aku rebus sekali kentang dengan carrot, pastu letak tomato blackpeper dengan daun oregano, tu kalau aku rajin laaa. Tapi biasanya aku malas. Lagipun bedal burrito yang tamak dengan isi ni pun dah cukup buat aku tersandar kekenyangan.

RESEPI PUDING TRIFLE STRAWBERRY

Nak kongsi resepi Puding Trifle paling mudah khas untuk wanita-wanita yang tak berapa rajin ke dapur macam aku...hehe =)

BAHAN-BAHAN:

Layer 1 : KEK GULUNG PERASA STRAWBERRY

Layer 2 : 

1 TIN SUSU IDEAL + 1 TIN AIR
4 SUDU TEPUNG BIRD'S CUSTARD
4 SUDU GULA
4 BIJI BUAH STRAWBERRY & 1 BIJI BUAH KIWI

Layer 3 :

1 KOTAK JELY KRISTAL PERASA STRAWBERRY
400ML AIR


CARA BUAT :

LAYER PERTAMA

Potong dan susun kek gulung rapat-rapat, jangan ada lubang-lubang taw. Tekan dengan susun bagi mampat.

Untuk satu adunan resepi yang aku bagi ni akan dapat 1 bekas dan 2 cawan comel cam dalam gambar kat bawah nie k =)




LAYER KE-2

Campur 4 SUDU TEPUNG BIRD'S CUSTARD, 1 TIN SUSU IDEAL + 1 TIN AIR & 4 SUDU GULA. Gaul dan kacau sampai sebati, pastu baru didihkan atas api. Jangan pulak ko tuang semua benda-benda ni atas api, nanti jadik berketul-ketul. Masa dah kat atas api jangan benti kacau sampai jadik likat, berat dan meletup-letup.


Kemudian tuang atas lapisan kek lapis.



Taburkan buah-buahan yang dah dipotong dadu, ikut korang la nak buah banyak mana. Aku juz tabur 4 biji strawberry & 1 biji kiwi je.




  LAYER KE-3

Campurkan 1 KOTAK JELY KRISTAL PERASA STRAWBERRY & 400ML AIR. Kacau sampai sebati, pastu baru didihkan atas api.


Tuang jelly sampai semua buah tenggelam. Biar dulu dalam 10 minit baru letak dalam peti ais.


Yang nie aku saje je letak dalam cawan biar senang nak makan. Capai sudu terus ngapppp =)


Tuesday, 18 February 2014

Cara Convert Word Ke PDF (FREE)



Macamana nak convert semua tok nenek dari Microsoft Office jadik format PDF?? 

 "How to convert Word, Excel, PowerPoint, Images and other files to PDF?'' 

Nie aku bagi penyelesaian kepada permasalahan korang termasuk aku jugak. Tapi kena bagi pengeras dulu. Aku nak seketol rangka ayam!! Boleh?? Haahaaa...

Nie aku bg link >>> http://www.freepdfconvert.com/ 

Pepandai ler explore sendiri yer, aku tunjukkan jalan jer.

Yang penting FREE!!

Sekian =)

Thursday, 6 February 2014

Jelly Bunny Wangi Setaman

Tengah  syok-syok jalan berpimpingan tangan dengan En.Nazmi, lamunanku tersentak bile lalu depan kedai kasut Jelly Bunny. Apekehal ramai sangat orang kerumun kedai nie? Diorang ade bagi kasut pree ker ape?? Manalah tau kan kekdah promotion dia cenggitu.Hahaa =)

Aku pun laju jelah tarik tangan cinta hati join skali ape yang dorang dok kerumun. La ade sale 50% upenyer!! Pastu cam pelik pesal dorang dok cium-cium kasut nie?? Bau ape? Uitt, wangi la pulak bau dia, cam bau gula-gula, memang wangi rase cam nak kunyah-kunyah jex.


Harga memang murah, start dari RM29-RM89.Kebetulan pulak time aku datang nie tengah sale 50%. Memang langkah kanan!!


Design semua pun comel-comel, kaler fancy. Kompem tergoda. Ade banyak store locations Jelly Bunny nie rupanya, ade kat Mid Valley, KLCC, Sunway Pyramid..tu jelah area Klang Valley yang aku ingat.


En.Nazmi pun tolong memilih jugak, teruja dengan kewangian kasut katenya. Rase cam nak ngaaappp jer. 

Aku : "Pening la B nak beli yang mana satu..semua pun saya suker, comel"

En.Nazmi : "Ala xyah pening-pening, ambek je semua"

Aku : "3 3 sekali boleh?"

En.Nazmi : "Iye, boleh"

Pitam kejap!! Haaahaaa =) 
 

Maka pulanglah aku dengan hati yang girang. Bangun tidur pagi esoknya kelihatan Jelly Bunnyku dihurung segerombolan semut. Dasyat!! Nextime datang nak beli jam pulak. Cam cantek jer, cam comey jer jam dia.


 

Tuesday, 28 January 2014

Merasa Kemasinan Laut Mati

Dah setahun pergi, baru hari nie nak cerita. Aku memang suker peram lelama bagi matang sket. Macam peram ikan pekasam tue, lagi lame simpan lagi sedap rase dia.

Alkisah, Laut Mati yang aku skodeng ni yang belah Jordan punya, bukan belah Tebing Barat, belum ade kekuatan lagi nak merempuh masuk Israel.


Aku nak tunjuk serpihan ais kat cermin bas tue tp muke aku pulak yang interprem lebey. Haha...!! Kebetulan tengah hujan ais, jakun sekejap sampai melekap muka kat cermin bas. Hisshhh..!!


Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam dari bandar Amman. Laut Mati nie tempat yang paling rendah dalam dunia, 411m dari paras laut. Memang boleh rasa tekanan dia, banyak kali jugaklah aku tesedak ngan telan air liur sebab telinga rase macam tersumbat jer. Tapi senang je solution dia, tarik nafas cepat-cepat picit idung then lepaskan tangan bila ade rase getaran dalam telinga.


Dalam laut nie xde hidupan pun sebab tahap kemasinan yang melampau, 8x masin dari laut biasa dan badan kita memang xkan tenggelam. 

 

Kunjungan ke tempat-tempat yang dilaknat oleh Allah nie adalah untuk kita ambil pengajaran jer dan jugak membuktikan kebesaran Allah melalui apa yang telah diceritakan dalam al-Quran tentang kaum Nabi Luth a.s yang mengamalkan gaya hidup homosexsual. Bukan tempat untuk kita berseronok-seronok taw. Mandi kat sini pun dah dikira makruh.


Ketulan garam kat tepi laut. Masin dilidah, melekit ditangan.Dah bilas berkali-kali dengan air pun still lagi terasa macam melekit-lekit.

Aku baru je tau yang rupa-rupanya garam kat Laut Mati nie banyak jugak khasiatnya, baik untuk kesihatan tubuh, buang sel-sel mati, macam-macam lagilah. Tau pun secara tersengaja bila tengok kat kedai-kedai tepi laut nie jual macam-macam benda bersumberkan garam nie. Tapi aku x beli pape pun, tengok aje. Hehe..!!


Perhatikan signboard kat bawah nie and check spelling. Peace...!!

Sunday, 28 July 2013

Dadih Strawberry

Dibulan Ramdhan yang mulia nie, tetiba pulak aku terlebih rajin nak buat dadih. Rajin ada makna tue.

Padahal hari esok turn block umah aku kena hantar juadah untuk orang buka puasa kat surau. 

Haaa...Itulah objektif pembuatan dadih yang sebenarnya. Hahaaa...kan aku dah kate, rajin ada makna tue, pasalnya aku memang jenis berat langkah nak masuk dapur apatah lagi nak mengasapkan dapur.

Pemilihan dadih sebagai juadah penghantaran aku ke surau adalah kerana beberapa faktor, 1st sebab senang sangat nak buat, kedua sebab dadih kan sejuk, so memang ngam sangat la kan ngan tekak yang kehausan tue. 


DADIH STRAWBERRY



 Ingredients :

1 peket tepung dadih instant perasa strawberry
3 liter air
1 tin susu cair
200 gm gula
10 biji strawberry (**strawberry aku rendam dlm air gula sbb nak bg manis)

Cara nak masak :

1.Panaskan air dalam periuk sampai mendidih. Sambil tue isi strawberry yang dah dipotong comel-comel dalam bekas.

2.Masukkan semua mak nenek tepung, gula & susu. Kacau sampai lenguh, 5-10 minit je sebab nak bagi susu masak. Pastu tutup api. Tapi still kene kacau gak sebab tak nak bagi dia mengeras.

3.Tuang dalam bekas yang dah taruk strawberry tadi dan SIAAAPPPP!!

Senang je kot. Pastu simpan dalam esbok.



 






Wednesday, 12 June 2013

Uji Kepantasan Menaip Anda

Tiap kali nak isi borang mintak keje gamen, mesti ade column Kepantasan Menaip........psm. 

Akibat kau kurang pengetahuan tentang bakat kemampuan menaip per se minit (psm) yang ada pada sepoloh2 jari-jemari kau yg lentik-mentik, maka kau pun hentam jer sekian-sekian psm. Betul tak? Takyah nak temberang sangat la sebab aku pun dulu macam tue jugak, tapi sekarang aku dah maju setapak sket sebab dah tau macamana nak ukur tahap kelajuan menaip aku. 

Nie aku nak share....aku ade jumpe beberapa websites untuk typing test nie. Mostly dalam bahasa omputih. Ade juga yang malay version tapi agak berterabur sketla susunan ayat ala-ala google translate ✌.ʕʘ‿ʘʔ.✌

Jom try...kat SINI, SINI & SINI

**pssttt...dh dpt keje gamen nnt,usha2 la resume aku yer.maceh ᵔᴥᵔ