Padahal hari esok turn block umah aku kena hantar juadah untuk orang buka puasa kat surau.
Haaa...Itulah objektif pembuatan dadih yang sebenarnya. Hahaaa...kan aku dah kate, rajin ada makna tue, pasalnya aku memang jenis berat langkah nak masuk dapur apatah lagi nak mengasapkan dapur.
Pemilihan dadih sebagai juadah penghantaran aku ke surau adalah kerana beberapa faktor, 1st sebab senang sangat nak buat, kedua sebab dadih kan sejuk, so memang ngam sangat la kan ngan tekak yang kehausan tue.
Ingredients :
1 peket tepung dadih instant perasa strawberry
3 liter air
1 tin susu cair
1 tin susu cair
200 gm gula
10 biji strawberry (**strawberry aku rendam dlm air gula sbb nak bg manis)
1.Panaskan air dalam periuk sampai mendidih. Sambil tue isi strawberry yang dah dipotong comel-comel dalam bekas.
2.Masukkan semua mak nenek tepung, gula & susu. Kacau sampai lenguh, 5-10 minit je sebab nak bagi susu masak. Pastu tutup api. Tapi still kene kacau gak sebab tak nak bagi dia mengeras.
3.Tuang dalam bekas yang dah taruk strawberry tadi dan SIAAAPPPP!!
Senang je kot. Pastu simpan dalam esbok.