Thursday, 11 April 2013

Singapore Budget Trip

Untuk kali nie, aku ngan en.nazmi memandai-mandai masuk ke Singapore dengan menaiki pengangkutan awam melalui CIQ, nama panjang dia Sultan Iskandar Custom & Immigration Quarantine Complex, Johor Bahru. Kereta parking kat belakang Caltex, RM12 per entry, dekat jer dengan bangunan CIQ. 

Tujuan kami ke Singapore kali ini hanya untuk merayau-rayau kat Orchard Road jer. Yaa, hanya satu jer matlamat kami, untuk merayau-rayau, bukan menyopping yer, sambil-sambil kita kutip pengalaman melihat-lihat negara orang. Duit yang kami bawak pun cuma SGD100 = RM250. Cukup-cukup jer untuk makan dengan tambang turun naik bas dan MRT. Hehe ^_^


Masuk jer dalam bangunan CIQ tue, terus je menonong pergi kat mesin untuk sahkan passport ngan ibu jari kaki, eh..tangan. 

Lepas tue turun tangga, carik bas. Memang ada macam-macam bas, memang banyak, dan bas pilihan kami ialah Causeway Link, bas senyum kaler kuning sebab bas nie yang paling dekat dengan tangga. Kira turun tangga CIQ tadi jumpa bas nie dulu, so terus naik jelah. Senang kan. Harga tiket dia macam ada silap mata sikit.

CIQ ke Queen Street = RM 2.50
tapi
Queen Street ke CIQ = SGD 2.40

Harga lebih kurang sama tapi nilainya berbeza. Senang kata "NGELAT!!"


Sampai jer kat Woodlands, silalah turun beramai-ramai untuk chop passport anda. Sebelum tue, isi borang kad putih dulu. Kad nie boleh ambil kat kaunter pintu masuk imigresen Singapore, kat belah kiri menghala ke dinding. Bawa pen siap-siap taw. Dah siap isi baru boleh beratur untuk chop passport. Keratan kad putih yang dorang dah koyakkan tue kena simpan leklok sebab nanti nak kena pulang balik bila kita nak keluar dari negara dorang nie.


Lepas tue pergilah scan badan segala. Gula getah & rokok adalah merupakan barangan HARAM dibawa masuk ke Singapura. Harap maklum. 

Dah settle semua, turun ikut eskalator untuk naik bas semula, tapinya...tadaaa...bas yang aku naik tadi dah pun selamat meninggalkan aku dan en.nazmi dengan jayanya. Tapi tak perlu panik. Kita boleh je naik bas yang lain, asalkan dari syarikat yang sama, tunjuk jer tiket yang kita beli tadi. 

Tapi pastikan naik bas yang betul ok. Jangan jadik macam kami, dari CIQ elok jer naik bas CW5, so bas akan lalu Orchard Road sebelum ke stesen bas Queen Street, tapi boleh pulak dari imigresen Singapore tersilap naik bas CW2. Hambek kau, turunlah kat Queen Street terus, bas ni memang direct ke Queen Street jer. Nasiblah driver bas tue mesra alam, dia pun bagi arahan naik MRT untuk ke Orchard Road.

Stesen MRT terhampir ialah Bugis. Dari Queen Street kena seberang jalan besar ni ha untuk ke stesen MRT Bugis.


Beli tiket sekali jer, lepas tue boleh topup-topup. Siap dapat maps sekali. Tak payah mintak-mintak pun dorang dah bagi dah. Macam pepaham jer kan.


Tiket kena beli dulu kat kaunter, lepas tue letak tiket kat mesin ni ha. Leceh la pulak. Beli tiket kat tempat lain, lepas tue kau nak pergi memana kena deal kat mesin nie plak.


Dari stesen Bugis nie, untuk ke Orchard Road kena ambil tren arah Joo Koon, kat maps tengok aliran kaler hijau, dan turunkan diri anda di City Hall, harga SGD 1.30 sehala. So, letak tiket kat mesin nie, pilih destinasi Orchard. 

Kat City Hall pulak ambil tren arah Jurong East, kat maps tengok aliran kaler merah,pastu turun kat stesen Orchard.
 

 Stesen Orchard nie bersambung terus dalam shopping mall ION Orchard.


Sesampai jer aktiviti pertama kami ialah M.A.K.A.N. Sebesar-besar ION Orchard nie cuma satu jer kedai Halal yang telah dikenalpasti. Memandangkan tak berapa banyak pilihan menu, ambil nasik ayam jelah senang.


Bila perut dah terisi barulah syiok sket nak menjamu-jamu mata. Mampu jamu mata ajerlah. Nak beli nan hado...!! Nengok gambar jelah yer.


Dari ION Orchard, menapak tanpa haluan hingga ke hujung jalan dengan penuh rasa kekaguman tapi dalam hati kata "KL pun best jugak ape".


Benti jap tengok pakcik apek nie main gelang. Kemain lagi, tak padan kurus. Tak sakit ke pakcik apek??


Kalau nak carik masjid kat area jalan Orchard  ni senang jer. Kena carik sculpture menatang orang nie dulu, pastue nanti nampaklah signboard arah ke masjid.

Ikut jer laluan pejalan kaki kat tepi sculpture orang yang menonggeng ke apa ntah dibuatnya, sampai nampak bangunan kaler putih tulis "Al-Falah Mosque".


Usai je solat, hujan pun turunnnn...


Tapi nak jugak merayap. Redah la apalagi. Masuk Paragon Shopping Centre pulak.


Shopping Mall terakhir kami ialah Lucky Plaza. Time nie kaki aku memang dah lenguh-lenguh kekejangan. Penat tak hengat.


Sudahnya selepas meredah sebanyak EMPAT buah shopping mall sepanjang lawatan satu hari ke Orchard Road nie, barang dagangan yang dibeli hanyalah sehelai t-shirt sorang. Haaahaa...!! Dah kata nak jalan-jalan tengok negara orang jer kan?? ^_^


Nak balik pulak, ikut cara yang sama macamana kita datang tadi. Naik semula tren yang dok dalam ION Orchard tue, turun kat City Hall dan ambil tren untuk ke Bugis pulak.

Sampai kat bustand Queen Street, tue dia...punya panjang beratur nak balik JB.


Satu jam perjalanan sempatlah aku dengan en.nazmi melelapkan diri sejenak. Tau-tau jer sampai Woodlands. Gosok-gosok mata, turun bas untuk chop passport, bagi sekali keratan kad putih.

 
Lepas tue naik ajelah mana-mana pun bas Causeway Link, CW berapa-berapa pun sebab semua bas pun memang akan stop kat CIQ.





Sehangat Asmara Yang Happy Ending

Tamat sudah drama airmata 35 episode Sehangat Asmara. Yeszzaaa...Happy ending...!!Padahal aku dah baca dah pun novel Aisya Sofea nie, tapi tetap teruja jugak nak menangis-nangis bagai walaupun dah tau dah jalan cerita camaner. Wanita sungguh!!

Dah la asyik dok kene perli-perli jer ngan En.Nazmi, "Drama jer kot yang, ape nak nangis-nangis nie" kata beliau. Terkesan sunguh aku. Sudahnya aku melayan sorang-sorang tengok kat iPad jer. Terima kasih Astro On The Go. Puas hati aku. Muahaha...!!


Rita Rudaini tersangatlah menjiwai wataknya as Kamelia Najwa. Memang tak boleh tengok Kay sedih sikit, laju jer airmata aku nie ha teman si Kay nie nangis sekali. Issshhh3...sedih bebenor yer.

Senang hati aku bila citer nie dah abes. Tak payah lagi dah nak bazir-bazir airmata dimalam hari.

Siapa-siapa yang rajin baca novel, bolehlah baca sambungan citer Sehangat Asmara nie dalam novel Buatmu Kekasih, mukasurat 351 : Kasihku Bagai Dulu.


Buatmu Kekasih gabungan 5 novel Aisya Sofea yang hot zaman-zaman aku jadik student dulu. Jauh, Jendela Hati, Kau Untukku, Sehangat Asmara & Gelora Jiwa. Yang mana ingat-ingat lupa tue bolehlah baca balik yer, kalau rajin la. Aku...kompem maleh!!Unless novel tue dah diadaptasikan jadik drama ke pilem ke, haaa..baru aku rajin nak baca balik.